Pada 31 Julai 2011yang lalu KRT Kg. Rama/ Permatang Keriang telah menganjurkan Majlis Sumbangan Sempena Sambutan Bulan Ramadhan. Seramai 60 orang terdiri dari Warga Emas, Ibu Tunggal, OKU telah dipilih untuk menerima sumbangan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh En. Mohd. Yusof bin Sahan Pengerusi KRT Kg. Rama/ Permatang Keriang.Dalam ucapannya beliau telah memaklumkan bahawa KRT bukanlah badan kebajikan yang dapat memberi apa sahaja kepada penduduk. Tetapi sebagai rasa tanggungjawab sosial kepada yang tidak berkemampuan maka program ini diadakan.
Wednesday, 10 August 2011
Kayuhan Merdeka Meriah.....
KRT Kg. Rama/Permatang Keriang telah dipilih sebagai destinasi persinggahan Kayuhan Merdeka Klinik Kesihatan Pekan Kuala Sanglang pada 30 Julai 2011(Sabtu). Bermula dari Pekan Kuala Sanglang, melalui jalan persisiran pantai dan kembali ke Pekan Kuala Sanglang. Tepat pukul 10.00 pagi peserta Kayuhan Merdeka telah sampai di dewan Kg. Permatang Keriang. Disini Peserta Kayuhan Merdeka telah diraikan oleh KRT dengan menyediakan jamuan pagi.
Turut serta bersama ialah DR. Husna Halimah bt. Tajul Rahim.Dalam ucapan nya, beliau mengucapkan terima kasih kepada KRT Kg. Rama/ Permatang Keriang yang telah sudi menjadikan dewan ini tempat persinggahan dan menyediakan sajian makanan untuk peserta.Turut hadir sama ialah Pengerusi KRT Kg. Rama/ Permatang Keriang En. Mohd. Yusof bin Sahan.

Subscribe to:
Posts (Atom)