Sunday, 10 July 2011

Program Hari Keluarga KRT Kg. Rama/ Permatang Keriang Bersama RELA Sanglang

Hari Keluarga Kg. Rama/ Permatang Keriang Bersama RELA Sanglang telah di adakan pada 10 Julai 2011 (Ahad)  bertempat di Lapang Sasar Sg. Batu Pahat. Program tersebut telah disempurnakan Perasmian Penutupnya oleh Pemangku Pengarah RELA Negeri Perlis  En. Halim bin Abdullah. Turut hadir sama ialah En. Saad bin Taib, Pegawai RELA Daerah Kangar dan YM Ku Hashim bin Ku Bakar, Pen. Pegawai Perpaduan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Perlis.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sukaneka dan Latihan Menembak.Semua peserta mengambil bahagian. Makanan tengahari juga di adakan secara gotong royong. Program tersebut sungguh meriah.

No comments:

Post a Comment